Peningkatan permintaan  pelanggan di dalam pelbagai bidang telah membawa kepada keperluan untuk pengembangan. Dalam konteks ini, Eng Sheng Sdn. Bhd. telah menambahkan ruangan gudang di merata lokasi dengan mengabungkan kemudahan simpanan dingin untuk menjamin kesegaran dan bekalan yang mencukupi sepanjang masa.

Eng Sheng telah memperlihatkan pembangunan yang signifikan di dalam produk dan perkhidmatannya berikutan permintaan dari pelanggan tetap dan baru di kawasan liputannya yang semakin meluas. Ini telah menyebabkan Eng Sheng Sdn .Bhd. menambahkan laburannya di dalam peralatan dan teknologi maklumat untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat. Langkah Eng Sheng untuk mendapatkan teknologi maklumat terkini membolehkannya untuk memastikan kelancaran operasi dan mendapatkan maklumat  keperluan dan aliran pasaran terkini.

Pengangkutan Eng Sheng yang cekap menekankan keselamatan dan penghantaran tepat pada masa memberi keyakinan kepada pelanggan berkenaan tahap perkhidmatan kami yang tinggi dan cekap.


 


Copyright © 2007. All rights reserved by Eng Sheng Sdn Bhd