Eng Sheng Sdn. Bhd. ("Eng Sheng") adalah pengimport dan pengeksport global hasil asas tani.

Eng Sheng mempunyai sejumlah 50 tahun pengalaman sebelum ditubuhkan secara rasmi pada 1982 dan mula beroperasi di Kuala Lumpur. Sejak itu, Eng Sheng telah menjadi salah satu pengimport dan pengekport hasil asas tani yang utama di rantau ini.

Eng Sheng telah berkembang sejak penubuhannya dan kini memiliki kemudahan melebihi 800,000 kaki persegi.

Melalui anak syarikatnya, ES Foods Industries Sdn. Bhd. yang digabungkan pada 1996, Eng Sheng kini menceburi bidang pembungkusan, satu aktiviti yang memberi nilai tambah kepada produknya yang menjadikannya pengimport dan pengeksport barangan bungkusan hasil asas tani untuk pelbagai segmen pasaran. Dengan berpegang kepada konsep ini, Eng Sheng telah mencipta nama perniagaanya yang tersendiri untuk pelbagai barangan bungkusan hasil asas tani.

Eng Sheng terkenal di kalangan pembekal dan pedagang hasil asas tani sebagai 'Amanah, Adil dan Boleh Dipercayai'. Ini merupakan prinsip Eng Sheng di dalam menjalankan perniagaannya tidak kira sesama rakan niaga, pelanggan, pekerja dan sebagainya. Oleh sebab yang demikian ini, Eng Sheng mempunyai jaringan perniagaan global yang luas pada masa kini.

Pada peralihan abad ke-21 Eng Sheng bermatlamat untuk bertambah maju melalui asas kejayaan yang diperolehi dari ketekunan, keazaman dan pengorbanan pengarah dan pekerja syarikat yang mempunyai keyakinan penuh bahawa impian mereka untuk menjadi syarikat hasil asas tani global yang paling berjaya akan menjadi kenyataan.

Dengan demikian ini, Eng Sheng di dalam abad ini adalah:

"untuk menjadi syarikat hasil asas tani global yang paling berjaya"

 

 


Copyright © 2007. All rights reserved by Eng Sheng Sdn Bhd